a thousand thanks :)

Thursday, December 29, 2011

new pages .

dia mahu menulis. cerita bosannya kembali. bebelan suka tiada titik . polinya bagus . rakan biliknya bagus . yurannya bagus . duitnya pun dibelanja dengan bagus (nada perli lenggok sekali)pensyarahnya macam menakutkan . subjek makin pening nak hadam . tak sabar mahu semua ini berakhir . rindu mak sikit eh jangan teriak . aku sudah 20 hello .

teringat katakata Pn Mazniha semasa class Data Structure tadi "Changes your perception, only that you can change your result, change your pointer"

hmmm . hopefully

when a hero doesn't come to me .

Aamir Khan dalam 3 Idiots pernah guna frasa "all izz well" supaya si kawan bertenang. mama angkat Tarzan dalam karton Disney pun menyanyi lagu "I'll be here dont you cry cause you'll be in my heart no matter what they say". sweet. (korang boleh tolong nyanyi tak ?)

tapi macam mana nak bertenang bila rasa macam kena timpatimpa ?kadangkadang, kita cuba untuk membantu sedayanya. berharap semua berjalan lancar & gembira. tapi kita siapa nak menentukan kesudahan semuanya kan ?kita hanya hamba Tuhan. macam kata bidalan,"kita hanya merancang".

chill la aina. ini kan ujian. recheck refresh & topup la manamana yang compang camping nun. memang kita rasa macam useless bila kawan baik kena hentam dengan orang lain, bila kawan baik yang lain pula tak dapat menunaikan impian hati. rasa macam kena timpatimpa. serba tak kena. macam segala kegembiraan direntap begitu sahaja. macam drama pelamin impianku musnah (todia).


walaupun superman tak datang mendendang lagu Tommy Page, hati kena kuat beb ! wassup.
ada point ke entry ni ? wah aku mumble timetime macam ney sebab esok class 10 pagi . haha . tak tentu hala lagi okay malu-off.

Tuesday, December 27, 2011

sembang orang-orang matang . sehhh

Semester ini akan merakam satu lagi episod babak kehidupan. Semester jatuh bangun duduk bangkit. Semester ini semoga berakhir dengan keberkatan & redha Tuhan.

Panjang diskusi kami. Maghrib hingga ke Isyak. Tentang masa depan, tentang jalan jauh yang ingin kami tempuh, tentang keberkatan rezeki Tuhan yang ingin kami kecapi. Jiwa perempuan yang harus kami pelihara. Perjalanan ini bakal memakan keringat. Bukan peluh fizikal yang terlihat. Mungkin 'peluh' menghadapi kisah hidup yang pelbagai. Ada yang memilih meneruskan perjuangan menegakkan hukum dunia.Ada yang memilih untuk menjadi penerus generasi pendidik.Ada yang memilih untuk duduk saja di rumah (bolehkan si bakal suami?nah baju sebakul basuh semua.

Sungguh,masa depan itu tak terjangkau dek akal yang limited.
Masa depan juga kadang kala menakutkan.
Terangkah ia atau semakin suram dek kelamnya hati ?

semoga aku kuat untuk menempuh semester ini Ya Allah .

Wednesday, December 21, 2011

Monday, December 19, 2011

nice to meet you friend :D

first - kawan lupa kawan can be said as :
"kacang lupakan kulit"
second - jumpa kawan baru, kawan lama dtinggalkan can be said as : "habis madu sepah dibuang"

imagine kalau korang semua berada dalam keadaan macam tu .apa yang korang rasa ? sakitkan ?pedihkan ?

sometimes they said " itu kan perkara normal yang sering berlaku dalam persahabatan ." tapi, bagi aku perkara itu sama sekali tak normal . sebagai manusia, bukankah akan timbul sedikit rasa kesal dan sedih ?

its all our fate !jadi aku hanya terima walaupun aku taknak .terima dengan hati yangg ikhlas tanpa rasa sedikit dendam pun . bukankah itu lebih baik ? ikhlasnya, hargailah rakan kita sebaik yang mungkin .tak susah pun .

Sunday, December 18, 2011

simptom yang normal sebenarnya :)


kalau seorang perempuan itu kerap berleter,
queen control kah dia?
tapi aku jadi teringat kisah Saidina Umar r.a, yang terkenal dengan ketegasannya. beliau sendiri pernah dileteri isterinya. jawab Umar kepada sahabatnya;

"Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku"

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya."

aku jadi bimbang sebab aku dah mula menunjukkan simptomsimptom berleter. tapi,tak mengapa kan? :)

wallahua'lam...

short .

Simpang jalan yang perlu kita masuk kadang kala boleh buat kita kalut. Bila mana kita tidak tahu peta destinasi tujuan. Kita jadi kalut di saat perlu membuat pilihan. Simpang A atau B ? Jalan terus atau belok? Atau lebih buruk,kita mengalah dan berpatah balik. Buntu, kerana benar kita tidak tahu peta jalan tersebut. Mahu guna GPS,tapi jika jalan under construction ? Petanya sudah tidak sama bukan ?

itu lah realitinya jika hidup tanpa matlamat.


oh . sekarang aku sedang berkirakira lagi . semoga semuanya berjalan lancar. amin

Tuesday, December 13, 2011

kalau luka, ada insurans ?

ada seorang sahabat.. mengadu, mengeluh, berputus asa kerana ujian bertimpatimpa. just remember, Allah takkan turunkan ujian yang begitu berat jika hambanya tak boleh nak mengatasi. bersyukurlah,dengan itu kita mampu mendekatkan lagi diri kita denganNya.

if you cry you are not weak, you are human. tak salah kan kita menangis untuk menghilangkan sesuatu yang terpendam. sebenarnya memaafkan diri sendiri lebih sukar dari memaafkan diri orang lain.


adat manusia, kadangkala nak bercerita tapi tak dapat nak meluahkan. kadangkala nak meluahkan tapi tak dapat nak ditafsirkan dengan katakata. mata tak lagi diminta untuk lena,walaupun already 2:24 am. entah dimana silapnya, selalu dipujuk hati supaya bersabar, bertenang, be cool. Renungkanlah diri.
sometime, i hate having feelings

Sunday, December 11, 2011

dunia , bukan destinasi

banyak sangat cerita . dengan keadaan cuaca, hujan yang makin mencurah dibumi kuantan ini . menghabiskan masa dengan menyiapkan kerja yang bakal dinilai oleh lecturer nanti (report). kadangkadang terfikir, adakah usaha selama ini akan dibalas dengan baiknya ? ada yang menyayangi, mengucapkan katakata indah, tapi boleh diambil kirakah ? mulut manusia sangat manis, semanis gula kapas .

ohh..tidak! katakan aku kurus!! hehe (gambar diatas hiasan sematamata)

teringat katakata Boona Mohammed yang pernah aku baca sebelum ini, "when the world put you down to your knees,you are in the perfect position to pray" .

bukan kah itu sangat indah ? kita hanya perlu bersujud, memohon supaya semuanya akan diberikan kebaikan. bukan hanya mendoakan kejayaan kita,tapi kejayaan orang lain juga.

Saturday, December 3, 2011

hey there third of dec :)

Untuk berlagak seperti tiada apa-apa, memang nampak seperti tiada apa-apa. Untuk merasa seperti tiada apa-apa, itu adalah pedih.

Ada yang kalau berbohong, ia berbicara dengan begitu serius. Ada pula yang bercanda terus saat mengatakan kejujuran . dan untuk hari ini aku amat berterima kasih . untuk yang kesepuluh bulan . terima kasih, sakit aku kau legakan, jatuh aku kau bangunkan, pahit aku kau maniskan, tangis aku kau ceria kan . semoga bersama . ~with love

Thursday, November 24, 2011

ini cerita friendship .

Manusia kadang kala buat kita kecewa, manusia kadang kala buat kita terseksa, manusia itu buat kita rasa sakit amat, manusia kadang kala buat kita rasa nak ketukketuk bagi dia faham, rasa nak hantar dia duduk gua dan jangan kau keluar lagi, tapi manusia itu juga pernah buat kita senyum, manusia itu pernah jadi orang di sebelah kita, manusia itu juga pernah menyapa bahu kita, manusia itu tetap kawan kita. Walaupun hati kita matimati marah pada dia .

Duduk sekejap, tarik nafas .Sedangkan serendahrendah ukhwah pun dengan bersangka baik . Kalau hilang bersangka baik, tahap mana kah friendship kita ? Negatif satu ?

Marah manapun pada manusia, tak mahu kah pimpin tangannya bersama ke syurga ? Mahu lihat dia tersungkur di tengah jalan kerana kita? Kutiplah yang manismanis, buang yang masammasam .Bahagia itu ada pada senyum .Bahagia tak datang pada muram .

Jom ikat bahagia kuatkuat .
marahmarah .Jangan datang selalu .

Tuesday, November 22, 2011

sekarang aku hanya menghitung hari. hari2 bagaikan berlari. dan aku masih tetap berdiri. kalau boleh aku berlari, aku akan .walau jalan berduri sekali pun , aku akan tetap gagahi . aku ikuti cahaya sebab depan aku adalah jalan yang berliku . hanya keyakinan dalam dada yang bergerak seiring dengan langkah aku .bukan kah kita manusia dibekalkan oleh Allah dengan perisai masing2 perisai tabah dan sabar dalam menempuh kehidupan . memang apa yang kita dapat kadang2 tak sama dengan apa yang kita impikan. tapi , itu semua kan atas effort kita sendiri, bukan orang lain. tak salah kalau kita hargai.

maju setapak tidak cukup kawan2. jadi majulah bertapak2.

Wednesday, November 16, 2011

i love them . they fill me in the blank =)

aku tergelak sendiri dengan gelagat kawan yang sorang ney . dengan ramarama pun nak bercakap,bukan meluahkan perasaan tapi nak menghalau keluar . tidak berniat jahat tapi cuba menjadi seorang yang mencintai makhluk Allah . takutakut kalau tersangkut kat kipas (haha). oke stop, just ignore kan ramarama yang innocent tu .

ini yang aku nak story kan. .

petang tadi ada sitting . sedikit nervous+excited . bukan dengan MR Ehem, bukan jugak dengan Puan Z tapi dengan lecturer yang disayangi . Encik berkacamata yang peramah lagi baik hati (en pie) . terima kasih atas pujian dan kritikan . huhu . hopefully dapat berakhir dengan baik . aku dah mula berkira kira . bukan tak suka berpraktik disini tapi tak sabar nak bersama kawan yang lain . rindu dah menebal . kata orang, kawan baik dapat baca hati kita . betul ke?


rindu IchiLurve :(

Tuesday, November 15, 2011

trying .

tak semua orang boleh bahagia ,
tak semua orang dapat bahagia .
tak semua orang hidup dalam senyuman ,
ada yang menangis untuk dapatkan kegembiraan .

Bukan semua orang dilahirkan dengan jiwa yang kuat ,kerana itu kadangkala emosi menang tanpa lawan dengan rasional .Bukan semua orang boleh bersabar di awalnya ,kerana tiket syurga itu mahal .Tiket yang tak dijual di pasaraya ,kedai runcit ,atau di mana jua .Tiket yang hanya boleh digenggam oleh orangorang yang berusaha .
Berusaha mengejar ke garisan kejayaan .Malangnya ,tak semua mahu sampai ke garisan itu .Mungkin tak faham ,mungkin tak tahu ,mungkin kurang berusaha ,mungkin juga buntu.


bukan senang nak bahagia dalam sekelip mata .kau himpun lah duit berjuta bilion pun ,nak memperoleh bahagia mestilah bergantung kepada keadaan seseoranag kan ?yang gigih berusaha , yang tak mudah give up ,yang berada di jalan Allah .
InsyaAllah boleh .

Sunday, November 13, 2011

twenty already

kadangkadang sentimental juga perlu ,terutama di waktu lewat malam .menemani detikdetik lalu .not 100% sentimental ,tapi lebih kepada menghargai .

today ? genap . unbelievable . hari bahagia,gembira cukup .riang cukup,penat pun cukup . Kata dia yang membuat aku jadi tersentuh ,walau tak seindah mana tetapi sudah cukup .Kerana kadangkala ,ikhlas menjadi teraju segalanya .terima kasih sebab kau selalu memperoleh piala tempat pertama dalam melakukan segala hal untuk menghappy kan aku .termasuk lah hari ney .


terima kasih linda untuk vanilla cake and wallet yang purple :)
terima kasih my qifa untuk birthday gift(secret) and spent time tengok shark night .
terima kasih kawankawan yang wish kat fb .
and super duper terima kasih to my mom for the birthday gift and wishes . love u sangat :)

Thursday, November 10, 2011

bebelan seorang ?

aku tak tahu kenapa lately ney aku nak sangat balik rumah .merontaronta .kalau la tak kerana kerja ,dah lama aku bergerak .mungkin terlalu rindu .hati kadangkadang mengeluh jugak .there's something yang aku nak tapi aku sendiri tak tahu apa .sometimes aku berfikir jugak ,have i do something wrong with anyone ?tak tenteram seperti biasa .hanya kepada Allah aku memohon .berdoa supaya tiada yang buruk berlaku..

“Sabar ,sabar dan sabar !Sila bertenang aina!”

aku sangat perlukan seseorang untuk ungkapkan itu kepada aku .Maaf aku pinta kepada sesiapa hari ini sekiranya mimik muka aku tak seperti selalu .Aku terasa benarbenar gelisah malam ney .Sudah ditulis tapi tidak diselitkan .Membentak rasanya persoalan itu dalam kepala otak yang membelenggu .apa yang aku lihat belum tentu sama dengan apa yang aku rasa .semoga aku diberikan kekuatan .


btw .rindu kat abah ,(walaupun masih awal) thanx untuk birthday gift N8 yang hijau :)

Wednesday, November 9, 2011

choose to be happy .

Hidup bukanlah suatu tujuan ,melainkan perjalanan ,so..nikmatilah .Hidup adalah anugerah ,belajarlah untuk menerima .

Hidup ney kadangkadang macam pertandingan ,kita lah yang harus menangkan .Hidup juga macam tugas ,pandaipandai lah kita selesaikan .dalam setiap kehidupan pasti juga terselit keindahan .belajarlah untuk bersyukur .

Time runs like a jet plane .tolong ingatkan aku untuk aku menggunakan masa aku wisely dan supaya aku mampu memberikan yang terbaik for everything yang aku buat .mengingati bahawa Allah selalu ada ,dan aku bersyukur untuk setiap hari yang aku tempuh and for days yet to come .


kerja semakin menuntut pengorbanan .semoga cinta aku tidak terkorban .hanya beberapa langkah saja lagi .

SEMANGAT!

Monday, November 7, 2011

learn how to appreciate .

Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar ,jadi kehidupan didalam telur akan berakhir
Tapi ,jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam ,maka kehidupan baru telah LAHIR .

HALHAL BESAR selalu dimulakan DARI DALAM .tuhan tak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru ,bunga selalu mekar ,mentari selalu bersinar .Tapi ketahuilah bahawa Dia selalu memberi pelangi disetiap badai ,senyum disetiap air mata ,berkat disetiap kegigihan ,jawapan disetiap doa .

Ada keistimewaan didalam diri kita ....daripada menghabiskan waktu untuk menangisi kelemahan ,lebih baik kita menggali & belajar untuk mengenali keistimewaan yang ada .setiap orang ada keistimewaan masingmasing dan modal utama untuk menggalinya adalah dengan hati yang penuh syukur .‎​​Jangan pernah menyerah kawan .teruskan berjuang .“Life is so beautiful..”. dan kalau esok tak pernah datang .jangan kau menyesali hari ini .

alhamdulillah.

Friday, November 4, 2011

jauh dimata dekat dihati .

raya bertukar ganti ,hidup silih berganti ,
hari berganti hari ,pegangan satu dinanti,
kawankawan tetap dihati .

selamat meniti hari kawankawan . semoga yang hilang akan berganti ,yang diharap akan dapat dipenuhi ,yang disayangi dan menyayangi akan selalu dirindui dan merindui . bukankah kita hidup di bumi Allah ini untuk menghargai satu sama lain ?tak perlu untuk mencari keburukan orang lain .masingmasing ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri . (yeaah ,tak perlu nak merepek timetime macam ney)

dan aku sekarang berada dilaman perang .everyone is busy right now with their own duty ,tapi aku ?dah lama sangat berada didunia sesawang ney . sakit mata laa hadap benda alah ney lama2 :(
let's go Eclipse ,carry on with the coding

Thursday, November 3, 2011

hello third of November .

silent .2 seconds jeee .

yes ,it made sense .why should I oh why should I being worried to that extent until not able to remember so many facts that I should memorize .

sila kembali ke alam nyata pulang ke pangkal jalan dan berhenti dari hidup di dunia Alice .terus tukar topik and asked her whether he has take her meals ,hows her job today ,bla bla bla .

untuk segala kasih sayang yang telah kau semai selama 9bulan ney .aku berterima kasih .bak kata orang ,tak perlu sentiasa ada dia di sisi untuk membukti setia .tak perlu menabur seguni harta untuk 'membeli' jiwanya .

Tuhan menghantarnya di saat aku perlu ,di saat aku kelu dengan segala di sekeliling ,di saat aku lesu menghadap situasi

terima kasih Tuhan yang memegang hati .
terima kasih cinta hati .
terima kasih hati .

Monday, October 31, 2011

'expect the unexpected'

seperti biasa ,kelamkabut .ke sana sini .macam kucing hilang anak (eh ?) sedangkan aku tahu ,aku perlu bertenang .

banyak kali aku bisikkan 'sabar,sabar' .nyata,sabar hanya lah di bibir puan sabariah .tak masuk dalam hati ,langsung (sedih) hingga ke suatu saat ,bila aku terasa sukar benar mahu meresapkan sabar di dalam hati .

aku menangis .ya ,dengan bersungguhsungguh menangis .*hati berkepingkeping* .nasib baik kawan sebilik tiada bersama .

aku tahu aku tak boleh marah .aku tahu aku perlu sabar .yet masih sukar nak mengaplikasinya dalam perlakuan hingga semuanya been throw out like heavy rain .tibatiba teringat katakata seorang insan .aku perlu lepaskannya .

Sunday, October 30, 2011

sepintas .

aku belajar untuk melupakan seseorang yang melupakan aku .
aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku .
aku belajar untuk menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi .
tapi something yang aku tak boleh pelajari , harus belajar tersenyum disaat orang yang aku sayangi menyayangi orang lain .

harus delete previous post .dunia sakan .oke tak boleh cakap siasia banyak .kurang saham akhirat nanti woot tak rela .its 10 09 pm already .mata dah berat macam ada gam yang melekat .penangan berjalan seharian menyebabkan aku penat .

Ngeks :p


walaupun baru bersapa dilaman sesawang ,dah mampu buat aku tersenyum lebar sampai ke telinga .adakah aku terlalu over superduper happy bila masih lagi berada didalam fikiran ? maybe hanya nak release tension ? (menimbulkan perasaan yang kurang enak)

setelah sekian lama aku tercaricari sumber kekuatan ,setelah berkalikali memohon pada Dia untuk hadirkan 'seseorang' itu . kau tahu ,hati aku sekarang mula mengalami musim . musim yang pelbagai . walaupun dalam keadaan aku berdiri seorang diri . maknanya itu apa ? mungkin terdetik jugak 'you always have my shoulder when you cry'

bukan nya aku bergembira diatas kesedihan seseorang . just kegembiraan datang tanpa diundang dengan ramahnya .harus aku salahkan siapa ? hati atau perasaan ? sesungguhnya Allah selalu menguji kita , bagaimana untuk menyayangi ,untuk merindui dan untuk menghargai . Alhamduliillah .

Friday, October 28, 2011

it's better if you don't understand -.-

kalau kau rasa kau tersangkut di tengahtengah laut ,
aku akan belayar seluruh dunia untuk cari kau .
dan kalau kau lupa betapa bermakna nya kau pada aku ,
aku akan ingatkan kau tiaptiap hari .

mereka berpendapat kawan baik boleh baca hati kita . walau kita tak bercakap sepatah ayat pun . so , read mine . berapa ramai pun yang keluar masuk dari pintu hati kita , kawan baik tetap bertakhta . in the clouds and clear day . itulah kekuatan persahabatan . like a song that i loved so much , "Count On Me - BM " .

banyak ayat yang aku nak aturkan untuk kau .
banyak story yang nak aku kongsikan sejak beberapa hari ney . the tragic things i must say . i'm sorry heart . hope kita kawan selamanya .

you can count on me ’cause i can count on you .

Wednesday, October 26, 2011

entry yang merapu .

jangan berharap pada sesuatu yang belum pasti .jangan marah kalau apa yang disangka tak sama dengan dunia realitinya .haha_gelak sopan .

kerja malam ni melompat belog orang .dari europe sampai indon nun .kegigihan .manfaat sangat kan masa kau .

Tuesday, October 25, 2011

macam tu lahh .

first impression of some EHEM people about me is 'banyak cakap' .walhal bukan kawan .bukan kawan conversation pun .ini memalukan atau ini adalah glamour ?haish tolong la glamour dengan benda yang berfaedah please .becok betul .jahit sedozen mulut baru kau terdiam sebulan .zapp !

Bukan semua orang dilahirkan dengan jiwa yang kuat ,kerana itu kadangkala emosi menang tanpa lawan dengan rasional .dan disebabkan itu lah aku mampu menyembunyikan sejuta satu rasa .untuk insan insan yang pernah memberikan senyuman , terima kasih !

senyumlah selagi mampu .

Saturday, October 22, 2011

i'm sitting in front of you yet , you don't know me well

tajuk entry yang begitu panjang :P


mom would always be a person you admired most .
through thick & thin .

a famous quote says that;

"seorang ibu itu bisa merasakan perasaan kurang enak bila anaknya sedang berduka hati"

and there you go .

'banjir' macam adik 6 tahun masuk sekolah sematamata kerana rindu.

Thursday, October 20, 2011

terhempap @ tersentap .

sebenarnya aku sedikit penat minggu ney .sepanjang masa rehat adalah masa untuk bersuka ria yakni mempraktis adengan-adengan luar kawalan medulla oblongata .

mungkin sebab terlalu bersukaria di perkampungan hari tu . kan mak dah pesan , jangan nak menggeletek sangat , nanti mesti menangis .(terbit jugak rasa kekesalan aku) .sedih ,agak bernasib baik sebab dapat jugak tengok buat kali terkahir .walaupun aku terpaksa ambik cuti berdouble double .

ajal maut di tangan tuhan ,
semoga roh pakcik ditempatkan di golongan orang yang beriman .
AMIN

Thursday, October 13, 2011

oh bulan

"oh sedihnya ,cakaplah sesuatu"

seorang manusia mengharap ada suarasuara ajaib yang akan memujuk dengan katakata sakti .moga hati yang gundah kan reda .hakikatnya ia semakin gundah bila katakata sakti yang diharap tidak datang sebaliknya yang muncul adalah suara yang mati punca .kelu .

Lemparkan saja aku dengan gelaran apapun ,
Fikirkan aku dengan fikiran apapun ,
Katalah dengan perkataan apapun ,
Bukan dulu sudah aku katakan ,
Aku hanya minta difahami .
Walau apa jua tindaktanduk aku ,
Aku hanya minta difahami .
Kerana aku masih separa proses .
Masih belum siap .

Bulan terang ,tasik cerah ,malam riang ,rumput tangis .

Monday, October 10, 2011

still trying .

kita sudah amat kritikal sekarang .ini bukan masa kita nak bercanda mesra .

aku bukan budak baik .sekali lagi .cuma aku rasa mulianya wanita ,tolonglah jangan dicarikcarik .tolonglah wanita menjaga harga diri mereka .aku feminis .ya .bab ini amat feminis .bukan confirm lagi pun kau nak pinang anak orang tu kan ?sedapsedap kau nak potong line tok nenek ,mak bapak dan bakal suami dia ?eh maaf .emo pulak .

tahu tak wanita itu mahal amat ?sila sisip kemas wanita amat mahal .
jangan beli dengan janji kosong .jangan beli dengan perhatian konon gentleman .jangan beli dengan cerita yang tahpape .

dan ingatan ini sebenarnya mengingatkan aku juga tentang kelemahan aku sebelumsebelum ini .kalau kita benci dosa si pelaku tu ,ingat balik dosa kita sebelum ni .kita pun tak sempurna .kan ? aku tak mahu benci siapapun .kalau lah mampu ,jom doa untuk kebaikan semua orang .dan serious aku rasa sangatlah gigih peranan kita dalam perjalanan ini .

heliza helmi yang manis

yang baik sila ambil peluk dalam hati .
yang buruk ,sila campak bawah titi .

Sunday, October 9, 2011

one side .

Hey jiwa ,mari ceria !

Selalu mengimpikan untuk suka tanpa balasnya .Biar orang kata hanya sebelah yang berbunyi .Biarkan aku saja yang bahagia tanpa mengharapkan mereka membalas bahagia itu .Supaya aku tak luka seliuh lagi di jiwa :) Free yeah !


Hati ini milik aku dan aku inginkan hati ini sentiasa bahagia

Yo ,jangan curi jiwa aku lagi .

Friday, October 7, 2011

hadiahkan aku rasamu .


ketenangan hadir di kala kita bersendirian .Waktu itu ,kita mula melakukan proses keseimbangan dengan muhasabah segala dosa & kesilapan .Kerana kadangkala ubat ketenanangan itu ada pada diri sendiri .Menangislah semahunya ,berbicaralah dari hati .
Pujuk lah hati kerana kau lebih lama bersamanya ,bercintalah dengan hati kerana kau lebih memahaminya dan ia lebih dekat dengan kau . .Kerana itu ,jagalah hati ,maka dia akan melakukan "tugasnya" dengan tekun .

Silakan masuk tenang,bertapalah di sini selama mungkin.

Thursday, October 6, 2011

ubat pelali


kawan baik buat panggilan rindu tadi .ingatkan dia bawa berita gembira .rupanya hanya mengirim rindu .ada satu ayat dia buat aku senyum kambing mandi harihari hingga kini .

Orang bercinta ,kalau rindu pada sang kekasih ,tak ada tempat nak mengadu selain pada sang kekasih itu .Tak kan nak mengadu pada mak bapak pulak .Laju je nanti mak bapak hangkut pergi pejabat tok kadi .Erk ?Nak mengadu pada siDia? Sila bermuka hijau dulu .Malu beb malu .

Tapi kalau kita rindu sisters ? Bilabila masa kita boleh text mereka dengan ayatayat seperti IMY, ILY , aishiteru, woo-ai-nee dan sebagainya .Pastinya hati mereka berbungabunga menerima kiriman rindu kita tu kan .Haha .Hati aku yang berbunga tiap kali Sal text “tc ayna sayang” .tak payah nak tunggu keksaih hati pun .

teringat satu dialog kunyit dalam cite hantu bonceng :
"kawan menangis susah nak cari ,tapi kalau kawan sukasuka berlambak tepitepi jalan tookkk"

untuk mereka yang selalu dihati :)


sila percaya bahawa sekarang aku sedang mensiasiakan masa aku dengan berduduk sahaja .mendengar lagulagu yang selari keluar dengan nadanya .bosan ,memikirkan kerja yang masih dalam pembikinan .

berharap menjadi yang terbaik . memberi contoh yang terbaik .memberi sinar dalam kegelapan .menjadi penyelesaian dalam masalah .sungguh berat untuk digalas .untuk membalas ,tapi bila difikirkan ,mungkin ini yang terbaik .untuk segalanya .

Wednesday, October 5, 2011

heart to heart .

title entry ney akan membuatkan seseorang tersenyum


Aku karang ayat ini semalam buat ......
" Kalau bisa saja aku alirkan cinta ini bersama rintiknya hujan ,Awan ,mampukah kau bertahan? "
Hari terasa semakin menggugat .
Hati terasa semakin terhimpit .
Organ respiratori ku minta dibelai.

Ada masanya ,aku sendiri tidak tahu apa mahunya si hati,
ada ketikanya ,tidak mengerti akan diri,
ada waktunya ,sedikit pelik dengan tindakan aku .
Bila ditanya kenapa ,mengapa ,aku diam .

semalam itu sakit , jangan datang lagi ya ?

Tuesday, October 4, 2011

cantik .

big fans of yuna&hana tajima

aku mahu senyum setiap hari .
Cantik itu subjektif .aku rasa cantik ,kau rasa tidak .
Entah .Biarkan ketetapan jodoh menjawab mungkin ?
Ya ,tetap saja pilihan Allah itu yang terbaik .

Biar tak cantik ,asal sedap mata memandang .Biar tak cantik ,asal sejuk hati mencinta .Biar tak cantik ,asal suci akhlak dijaga .Biar tak cantik ,asal aib aku dipelihara .Biar tak cantik ,asal ibu dan ayah dikasihi segenap hati .Biar tak cantik ,asal bahagia mendakap bahu ,berpimpin tangan menuju syurga ,insyaAllah .

aku seorang perempuan .Mampukah aku mempraktikkannya atau sekadar manis di bibir menjadi teori ?

p/s sibuksibuk menjaga rupa ,biar akhlak kita selari dijaga juga .

Monday, October 3, 2011

everyone has a dark side .

title macam caption Dr Hyde and Mr Jeckyl .gabra nak tulis .

aku kenal siapa aku .
aku tahu tinggi rendah aku .aku tahu cacat cela aku .
aku tahu cerita defect aku akan jadi satu tanggungan untuk kau .untuk kau pikul beratnya yang tak mungkin mampu aku imagine .nak perbetulkan budak bermasalah ,budak menangis lemah jiwa .

aku yang harubiru & kau yang macam perfect wash dinamo blue .walaupun berkali aku suruh kau move back ,angkatlah white flag tinggitinggi .supaya aku tak tengok kau suffer later .still kau tetap dengan karekter macam pak pacak ,yang pegang bendera repair jalan ,tegak tak berkalihkalih dengan statement kau tu .
walaupun entah berapa juta kali aku repeat on the same thing ."move back,live well & dont choose yell".sampai ke sudah ,tak larat aku nak tekan replay button kat mulut aku .

thnx untuk si pengambil gambar :)

welcome third of october :)

credit to Mr.google

Kata dia yang membuat aku jadi bergenang ,walau tak seindah mana tetapi sudah cukup .Kerana kadangkala ,perasaan ikhlas menjadi teraju segalanya .Yakinnya dia harus menjadikan aku juga yakin !Boleh aku pinjam hati kau ? "I know it's hard .Make it bit by bit"

untuk 7 bulan yang lepas . thanx for everything . selamat 8 bulan sayang . teringat baitbait lagu yang aku baru je dengar tadi , KUPINANG KAU DENGAN BISMILLAH . tajuk lagu agak CLICHE , tapi amat bermakna .

"atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu"

Saturday, October 1, 2011

life goes well .

Kalau tak seperti biasa pun ,tak semestinya hidup tak lancar kan .Kalau terkurang sesuatu pun ,masih lagi kita diberi nafas kan .Kalau perlu bersabar pun ,tak berkurang pun nikmat hidup yang masih ada .Kalau terasa hilang kawan to kawan & gaduh-yes-kau-kalah session pun ,
video clip stereo heart ada di screen lagi .

YEAH ADAM LEVINE!
Setelah sekian lama ,
aku datang membawa senyuman paling manis .
HAHA !

rindu kat my qifa

Friday, September 30, 2011

5 for tonight .

Aku besi di luar , kaca di dalam .
Aku manusia di luar ,alien di dalam .
Aku tak mampu menatap jalan lalu walaupun sekalis cuma .
kadangkadang nak bercerita .tapi tak mampu nak meluahkan .
kadangkadang nak meluahkan tapi tak mampu nak menafsir dengan katakata .

berharap aku lebih murah dengan senyum dan lebih ringan dengan tutur kata yang baik .

Thursday, September 29, 2011

sila berakhir segera

Katakata aku ,
bukan sebilah pedang yang aku nak junam kan kat hati suci kau ,
bukan seekor lebah yang saja menyengat tulus jiwa kau ,
bukan kimpalan besi untuk mengukir luka ,
bukan acuan emas menghenyak tenang diri kau .

Kata orang ,"terlajak perahu boleh diundur ,terlajak kata buruk padahnya" .Dan kerana itu ,lidah terkadang tergeliat untuk sesetengah perkara yang tak patut diungkap .Maafkan aku kawan . Sungguh ,aku terjerat diantara dua situasi yang aku sendiri tak dapat nak lepas .

am i bad ?


tertanya diri ini , bermonolog dlm hati .. "terukkah aku ney?"
sejak 2 3 minggu ney ,aiseh ..terasa sayu je hati aku ney .
maybe banyak buat salah kat orang kan . tapi aku sebenarnya cuma mengelak dari terus melukai hati orang .salahkah aku memilih jalan itu ,merelakan kesedihan kecil sebelum kesedihan besar melanda .terasa diri ini sudah cukup zalim dan hati kecil aku memberontak "i want to choose the way that i am happy with it".

Tuesday, September 27, 2011

title ?

nak merungut berpadapada .
nak bersungut jangan nak mangada .

mata lebam .
mandi hilang .
jalan huyunghayang .
tidur kegelapan .
mamai .
" haa ? kau cakap apa tadi ? "

pertanyaan yang membuatkan kawan aku sakit .
sakit hati maybe . haha
maaf kawan .

sungguh aku 'terbunuh' secara lembutnya ,
menghadap hurufhuruf dan simbol yang berlambak .
sungguh , aku bosan .

sabar la

kecewa dengan kawan .
kecewa dengan teman 'tersayang' .

bila dah selalu sangat nak jaga hati dan perasaan orang.
dan buat pertama kali , aku rasa macam tak dihargai .
dalam hati kosong .
luar apa tah lagi .

kalau lah boleh aku happy kan semua orang yang aku sayang :(

Monday, September 26, 2011

ya , terima kasih!

senyum gembira ketawa .sudah lama rindu berperasaan .
bahagia si pelangi , berterbangan si ramarama .
perut suka lupa lapar .

sedih kecewa hampa . masih perasaan .
mungkin kerana jarang diundang . ia jadi sepi.

tapi awan mendung kan redup . kelabu pun girang waktu tenang .
asap tibatiba jadi kabus pagi . bila sedih ,
sang minda kuasa utama .
untuk tukar si beast menjadi si beauty.
motif tak seberapa . tapi sedang berbahagia .

asal dapat makan kt deli country . senyum aje :)

Thursday, September 22, 2011

i should say thank you YOU (caps lock);

aku tak frust menonggeng .sila kekalkan statement ini dalam kepala otak & memory ram laptop & komputer sekali sampai ke penghujung post ini .peace :p

oh aku menconteng hanyalah untuk melepaskan segala emoemo yang bersarang setelah seharian menghabiskan masa ber'emo' .

emo pasal coding tak habis-habis (dan tak faham) .

emo pasal....hmmm . pergi dan kembali
susah la macam ney .

mestilah emo yang kedua tu lebih emo sebenarnya sebab emo pasal belajar tak kan lah sampai nak menenggelamkan bilik .
haha .

"adalah kurang cool kalau perempuan tak pernah emo ."

???

at least hargai la orang yang dah ada depan mata

Saturday, September 17, 2011

oke . i'll be fine

tak terasa sedih atau terkilan pun dengan apa yang sudah tersurat .
mungkin sudah ada benih-benih "sabar no matter what happen" yang ditanam di dalam sini ,
membuatkan aku tidaklah terasa seperti nak meraung atau terjun bangunan 80 tingkat tersebut atau membatu tak mahu makan .

think positive !


alala , comey nye :)

Wednesday, September 14, 2011

love you like a love song !

ceewahh . suke sangat selena gomez , cute

Apabila soal hati dibangkitkan ,mata akan fokus ,telinga akan dibuka seluasnya ,konsentrasi ditumpukan . Demi menjadi pendengar yang baik walau aku bukan insan yang selayaknya ,aku mencuba

Kita tidak akan selamanya menjadi penjaga hati mereka yang setia ,yang akan selamanya mampu melindungi mereka dari dilukai , seperti seorang ibu yang mampu bertarung nyawa hatta hingga kali yang kesepuluh ,yang akan melukakan diri walau tahu ia mengundang perit .

Jadi , yang hanya mampu aku ungkapkan , jadilah diri yang sebenarnya ,yang mencuba memberi kebahagiaan . Kerana tiada yang mahu memahami kita melainkan kita sendiri . Hanya itu , Kerana aku percaya dengan apa yang aku percaya dan aku lakukan apa yang aku percayai.

Friday, September 9, 2011

sory . you are in the wrong way

"oh sedihnya ,cakapla sesuatu"

seorang manusia mengharap ada suarasuara ajaib yang akan memujuk dengan katakata sakti .
moga hati yang gundah kan reda .
hakikatnya ia semakin gundah bila katakata sakti yang diharap tidak datang sebaliknya yang muncul adalah suara yang mati punca .kelu , kosong .

benarkah kita perlukan katakata sakti untuk mengubah duka jadi suka ?
adakah wujud katakata sakti semanis gula kapas lagi ?

aku ada janji .
sila jangan sakiti .

Thursday, September 8, 2011

you cant count my love to you by looking at my height :(

batuk berdarah tengok tajuk .

baru perasan kawan baik adalah insan-insan yang kurang membebel .
mereka adalah insan mendengar .

rindu bercerita dengannya .
rindu bergedik segala bagai .
rindu merasakan di'take care' olehnya .
rindu duduk di sebelahnya sambil mengira umur .
rindu menjadi diri sendiri di depannya .
mengira kenangan .
mengira bahagia .
dan semoga rindu ini harumnya kekal hingga syurga .


may you be loved in the sweetest way .
you feed me up with the best food of friendship .
I miss you biela !

Wednesday, September 7, 2011

thats way i give you 5 extra mark darl :)

sekadar hiasan semata mata :)

'senyum tak perlu kata apaapa'

'I cant smile without you'

kadangkadang
kita sangat suka ada orang dengar kita ber'mumble' tanpa henti .
kadangkadang ceritanya tak best pun .
kadangkadang cerita pasal beli keopok pun macam nak kecoh .
macam la dapat ayam panggang setalam jatuh dari langit .
dan kadangkadang kita macam tak faham .
adakah kita telah melangkau usia tua .
bila perangai dah jadi macam umur 10 tahun dulu ?
kan orang selalu cakap , orang veteran akan bertabiat seperti kanak-kanak .
whoa !kau tua !kau tua !

dan sangat la tak best .
bila kita hanya mampu ber'mumble' dengan seorang kawan saja .(mampu ya bukan mahu)
sangat diskriminasi .
sangat tak best bila hobi tak dapat dipraktik lagi .
*lari keliling padang sambil tutup muka akibat kecewa*

nak tadah telinga ?
konfem nanti kau menguap.
(post macam nak buat invitation to treat)

Tuesday, September 6, 2011

sejenak .


dulu orang cakap ,

"orang yang putus asa dengan hidup dia akan rasa better mati je"
sebab tu banyak tragedi suicide sebab frust cinta ke ,
sebab fail exam ke .
mungkin sebab tak kuat keYAKINan dia dengan ketetapan Tuhan .
mungkin sebab tak terfikir hikmah di sebaliknya .
atau mungkin sebab dah terasa tak mampu nak fikir apa-apa
tapi macam mana orang yang pernah putus asa ,bangkit semula dah semangat hidup , masih terfikir pasal mati ?
aku hanya ingin memandang sekeliling dan bersyukur .

random thought

Sunday, September 4, 2011

kerja tak gila pertama .


fuh .
hari ney berenjoy lagi .
haha . facial la (murah jek . huhu)

Esplanade tg api .
ney la 2 orang kawan yang suka snap
pic gune hp aku .


haha . pic aku sendiri tiada pulak .
btw , thanx untuk azunairah yang
dengan baik hati nye suruh aku drive lastlast
minit . (nasib baik aku ney baik . haha)
selamat juga sampai . alhamdulillah


senyum sampai ke telinga .
(^__________________^)
 
Copyright@ LALALA all rights reserved :)