a thousand thanks :)

Tuesday, January 31, 2012

gangguan.

geram, tak puas hati dan sewaktu dengannya.

balik dari bandar (Muadzam Shah) err perlu ke aku mention?. penat jalan. baru nak lelap, 'kak' guard atau lebih manja 'kak jaga' dengan rileks dan chill nye bukak pintu bilik tanpa memberi salam just nak bagitahu ada staff nak naik. sila berpakaian sopan. eh, time macam ney pulak nak buat lawatan. dalam hati, sabar jela.

aku angguk, cakap oke. hati cakap kiri mulut cakap kanan.

aku nak selelap, sarat dah mata ney.

faham? tak? fahamkanlah.

Sunday, January 29, 2012

selamat tua :D

bukan hari tua aku, tapi hari tua orang tua tu.(ape motif ney? gelak ramairamai). untuk yang istimewa, yang duduk dalam hati, yang always happy. dah besar panjang, dah matang (kot,haha). semoga lebih dewasa supaya boleh pimpin tangan aku untuk bersama harungi dugaan.

cacat cela aku, buruk baik aku, lebih kurang aku,cantik hodoh aku, kau terima dengan baik. thanks a lot :)

err, tua ney memang suka melompat.

p/s : tak sabar tunggu anny :D semoga kita menjadi penguat antara satu sama lain. Amin

Saturday, January 28, 2012

little bit.

kan aku dah cakap aku memang macam ney.

macam mana?

ney la. jatuh bangun aku, sakit nangis aku, kalau boleh nak simpan. tapi nama pun manusia kan. bila mulut cakap oke tapi hati boleh simpan seribu satu rahsia. orang tak nampak, tak rasa, tak lalui. aku harap tahun ney aku akan jadi lebih baik dari 'aku' yang lepaslepas. Ganda dua, atau empat atau lebih.


aku pilih. corakkan dengan hebat. lebih baik, baik baik dan akan baik.

Friday, January 27, 2012

pelangi petang.

tengok kepada tajuk mesti korang semua ingat aku terlalu happy kan? ada lah sikit. Untuk beberapa hari ni, kederat aku digunapakai lebih sikit. Gerakgerak lebih. Peluhpeluh pun lebih. Bukan pergi menggeletek, tapi untuk benda lain.(alhamdulillah menjadi)

sedikit happy bila Bact bagitahu yang class algorithm esok dibatalkan. (sila tepuk tangan ramairamai). eh aina,sila lah bergembia dengan benda elok please.

actually nak bercerita benda lain, tapi tak mampu nak menaip. kadangkadang terfikir jugak, kan lebih baik tak kenal dari susah nak lupakan. tapi nak buat macam mana, Allah dah aturkan semua untuk kita. kita manusia, kita hamba Allah.

kan?

Wednesday, January 25, 2012

kelak.

Jika aku menjadi orang tua kelak, maka aku berdoa agar tidak mahu menjadi orang tua yang menunjuk pandai kepada orang muda.(motif please)

Sebab aku manusia. sebab aku manusia yang sibuk nak terasa hati, nak kecil hati, nak makan hati. sibuk nak ambik tahu halhal sekeliling yang kurang penting. yang kumankuman. sampai terabaikan perkara yang lebih besar. sampai membunuh acaraacara masa depan yang belum dalam genggaman.

Yang aku sudah hilang.

Memang lah sakit. hati. lara dibuatnya. habis aku ketukketuk papan kekunci ney.

kerja cuba dan gagal.

Monday, January 23, 2012

bagi kami senyum.

aku patut banyakbanyak bersyukur kepada Dia. kerana menghadirkan anakanak yang sangat comel untuk kami semua. anakanak yang suka berceloteh hingga kadangkadang point nya sudah terbang ke negara zimbabwe. tetap saja kami suka mendengar celotehnya.

ohh. jangan salahsangka. aku bercakap tentang anak saudara aku. manfaat kan sangat masa aku? mendengar celoteh mulutmulut kecik ney boleh buat aku lupa tentang masalah sekarang.

p/s : tetap saja aku senang, dan bersyukur. syukur lagi. syukurnya aku atas setiap perkara yang aku terima hari ni, lebih daripada perkataan 'syukur'. syukur aku bukan sekadar menyatakan syukur di blog aku ney

hanya pencipta aku yang tahu.

Sunday, January 22, 2012

talk about 'em, talk about yourself.

percaya atau tidak, sebenarnya agak bosan untuk aku membuang masa cuti selama 4 hari ney dengan hanya bertapa dirumah. makan, menonton, sembang. semuanya diselaraskan.

oh. apparently aku sudah selesai bekerja keras (keras ke?) untuk menentukan apa yang harus ada didepan. jangan ditanya soalan paranoid "kau pikir ape ha ?". aku sangkakan hujan di tengahari, rupanya panas hingga ke malam (haha). alhamdulillah untuk keputusan yang tak diduga (sebenarnya suamsuam kuku aje resultnya).

sila abaikan, selalu merapu. nonsense :/

banyak yang terjadi belakangan ney. ada yang membina, ada yang down jatuh failed. kita masih hidup menjadi kita. tak berubah. yang berubah hanya sekeliling. orangorang, mungkin. atau alam, mungkin. atau alam orang, mungkin. atau orang alam. juga mungkin.

err, apa motif gambar ney dengan enrty ? (jangan tanya) :)

Friday, January 20, 2012

timbang .

manusia . insan .
lelaki . perempuan .
kurus . berisi .
putih . hitam .

semuanya ciptaan Allah S.W.T
padaNya luaran tidak membezakan . tetapi dalaman . DOSA dan PAHALA
jadi, tak perlulah nak memilih . bersyukur kan lebih baik ?

yang ini memang comel :)

Tuesday, January 17, 2012

kehilangan yang telah hilang .

Kelipkelip detik saat jam digital di kaca monitor laptop aku ini, tak sama deras dengan kerlipan mata aku . mata dah berat, tapi aku taknak berlena terlalu lama . menunggu perkara wajib datang . terlalu menyeronokkan bila class pagi je hari ney . (sorak ramairamai)

aku tongkatkan dagu dengan 2 penumbuk kiri dan kanan. Merenung pada entah apa yang aku renungkan. Semakin jauh renungan, semakin hilang aku dalam ruang itu. semakin aku sakit . kawan dah lama lentok . aku ? Tersasar. Berselerak. Kadangkadang aku menginginkan kehilangan. Aku ingin hilang ke dalam apa yang telah aku hilang. Bukan aku yang hilangkan.

sedikit terasa bila kawan sekadar bercakap tapi dengan nada yang sedikit mengejek. bukan salah kawan atau perasaan, cuma ia tak dapat dielakkan. so aku ? diamkan diri walaupun sedikit pedih.

p/s:maaf, tapi boleh tak jangan ungkit benda yang dh lepas tu depan aku lagi ? dulu manis,sekarang dah takda rasa. (aku taknak tarik muka depan kawankawan aku)

Monday, January 16, 2012

sikit kata untuk dia .

Aku kesian kat dia .
Aku sayang dia .
Aku rindu dia .
Aku tahu dia buat yang terbaik dan nak yang terbaik untuk aku .

Aku nak dia tahu, aku sayang dia. Itu saja.

perasaan ini juga diperlukan . (agaknya)

bla bla bla kosong -.-

Aku tak suka apa yang tengok semalam .
Aku tak minat langsung . kalaulah ada yang faham perasaan aku .

Aku sedih, aku rimas, aku takut, aku loser .

Aku sedih. Aku ingat aku akan sedikit happy bila keadaan dah macam tu . Tapi tak . Terlalu banyak persoalan yang nak aku campakkan. Yang aku tahu memang takkan terjawab.
Aku bangun pagi ini, aku sedar yang otak aku kosong .Tak selaju seperti harihari sebelum ni. Fikiran aku stuck dekat satu benda je .

Satu benda, kosong, sangkut .
Satu benda, kosong lagi .


Aku loser kah, atau loser kah aku ?

Sunday, January 15, 2012

agaknya kot .

aku bukak mata, jam 1147 pm .
aku bukak suis lampu .
aku bukak alat teknologi .
aku tarik kerusi .
aku duduk .(termenung kejap)

aku bukak blogger.com sebab nak tulis entri baru . entri yang mungkin agak laurbiasa dari sebelum ney . aku pandang rak kertas pooh depan aku . aku pandang, aku tenung .
tenung screen alat teknologi ney, tenung punya tenung. aku tenung lagi.

Peh, benda alah ney tak memberi inspirasi langsung siot .
Tak bleh blah . Aku blah .

p/s : ini bukan puisi

Friday, January 13, 2012

take care .

Kiranya sudah berjuta kali dalam sepanjang umur aku ini, aku mendengar ayat 'Jaga Diri'. Tapi yang benarbenar aku mahu bertanya, tapi tak tahu pada siapa. Mungkin utamanya pada diri aku sendiri .

Apakah benar kita pandai dan mampu jaga diri ?

Jaga dari apa ?

p/s: Take care .

Thursday, January 12, 2012

membahagiakan orang lain.

"jika orang lain berasa gembira kerana kegembiraan kita, maka berlipatgandalah rasa kegembiraan itu".
{Plato}
aku masih di sini. di kolej kediaman indah yang terkandung wajahwajah kengkawan yang aku sayangi (intro bungaaaa habis). tahutahu aje lah, kawankawan memainkan peranan yang penting jugak untuk buat aku bahagia. haha (ayat nak mengampu ney, bagi tangan baru tau!)

oh ini bukan salah kawan. ini salah diri sendiri. omputeh kata 'fail to plan'. alamak,masalah!

lets keep the remaining of the story to my own-self. as a 'dead weapon' to me to push myself to the limit & as a reminder that i've to work hard this semester. lesson learn well from the previous pointer (tunjuk muka hampa sekali). jangan mainmain angin dengan dunia sekarang,kelak kau akan melayang bagai taufan Tornado. eh.(dah over ney)

aku tidak berhajat untuk membebel panjang. kerana hati span aku sudah tidak mampu menanggung beban di hati. nanti jadi drama cries blood Kassim Selamat pulak. haha

rindu pulak kt kawan2 lama aku ney..sobsob

Wednesday, January 11, 2012

mutiara bersama :)

oh,permulaan hari yang baik aku kira. starting dengan class HCI, tak segundah mana sebab encik ijam seorang yang sempoi dan terlampau sporting (kadangkala). masa pun tak dipraktikkan dengan banyak, buat dua tiga lab work then the end of the class. bagos kan? (tepuk tangan ramai2).

cerita bosanku bermula :

aku dengan koncokonco yang lain (haha,jangan marah kawan2), bergerak ke library. bukan nak study atau bergosip just nak mengisi masa sebelum makan. berbekalkan kesejukan aircond didalam library, aku sempat membelek buku Mutiara Pelajar yang ditulis oleh Prof Izzi, kenal tak ? (renung2 kan dan selamat beramal) haha,bohong la kalau tak kenal. ayatayat yang membuat aku tersentuh. penuh dengan nasihat dan teladan.
kata2 yang hebat tidak mengubah diri anda, ibarat mutiara didalam kerang di dasar laut.
kata2 yang menggerak anda untuk berjaya ibarat mutiara yang digilap, sinarnya bergemelapan.

alhamdulillah..

Tuesday, January 10, 2012

love that never leave -.-

kadangkadang sentimental juga perlu.
apa akan jadi kalau semuanya tak berlaku ? aku harap sangat aku ada something kind of power that can previous back the time . kau tengok dengan mata,tengok luaran..dalaman?
aku harap sangat semua ney tak berlaku .

Entah kenapa,aku selalu memujuk hati yang digamit rasa duka kebelakangan ini. oh hati, adakah aku terlalu mengejar dunia duhai hati. ya..itu seakan jawapan yang tepat. aku begitu lemah nak mendidik hati supaya terus bersabar. tersungkur lagi diri dalam kedustaan yang diciptakan sendiri. maafkan aku, seringkali membuat kau down setiap kali kau berusaha. aku tahu aku LEMAH! hug please ? sobsob..

indah jika kau tahu apa yang aku rasa :/

Saturday, January 7, 2012

hati aku berjiwa perempuan, kerana itu .

Ada seorang manusia yang mula mengubat luka hatinya. Kelihatan positif dari hari ke hari. Perubahan dan penerimaan yang sangat baik aku kira. Syukur. Dia bukanlah insan yang dekat dengan aku, bukan jua yang selalu mengingati aku, hanya mengikuti perkembangannya di alam maya. Aku juga percaya :)

Dan ada seorang manusia yang mula merasa resah hati. Dari sehari ke sehari, minggu ke minggu, aku hanya mengharapkan kesihatannya. Mungkin bagi kamu itu sakit biasa, normal la katakan. tak mampu juga aku nak membuang kerisauan dihati. Bukan salah hati perempuan, bukan juga salah jiwa yang emosi. Kamu harus menjaga kesihatan kamu tak kira apa. Sedikit tenang bila kamu katakan "Semuanya oke" dan aku hanya mampu menjawab "Easy to say,hopefully easy to accept. Alhamdulillah.

Angin seakan berhenti menderu,
Awan semakin mampir menaungi,
Kitab masih di kaku di meja,
Tangan masih tetap posisi,
Tinta masih belum melakar,
Dan pipi mula dibasahi,
Seperti kanak-kanak kecil,
menangislah sepuasnya.

Sunday, January 1, 2012

terima kasih untuk semua di 2011:)

aku berkirakira . Satu,Dua dan Tiga . hhhhooorreeyy !

Selamat tinggal yang lepas, selamat datang semangat baru :)

Selamat berharap lagi, selamat berjuang lagi, selamat berkelas lagi . Selamat melangkah dan berjuang . pentingnya, semoga semuanya SELAMAT .


Moga kamu terus kuat wahai semua !
jatuh, bangun ya :)
 
Copyright@ LALALA all rights reserved :)