a thousand thanks :)

Friday, June 29, 2012

mana boleh tak boleh.

Sepanjang hari dengan acara bosan yang sama. Sedang menunggu masa untuk kembali menembak. Sayu, sedikit kecewa dengan segelintir manusia yang pelbagai ragam. Rencah kehidupan. Kononnya untuk redeem 'luka', lalu dengan bersungguh menghadap hambatan dunia hingga terlupa apa yang dikejar sebenarnya.

Redha. dia atau mereka yang tak seberapa?

Lumrah. Buat baik orang akan pijak. Buat jahat orang akan benci. Kalau lah diberi pilihan yang banyak, sudah tentu aman bahagia. Happy ending mungkin.

 Percaya tak?

The rest of it, let it remains in the memory-box. Thank you all.

Saturday, June 23, 2012

baik sangka.

kalau 'belog' ini diari, pasti sudah aku ungkapkan kata-kata manis untuk seseorang.

aku kini lebih selesa berada dengan orang disekeliling yang memahami. tak seperti selalu, pulang ke rumah membawa hati luka. luka yang cuba disimpan kemas supaya tak ternampak oleh siapa  pun. hambatan dunia yang kadangkala benar-benar menguji sabar hingga sifat cool terhakis dari dalam jiwa.

banyak betul cerita & pengalaman yang mahu di update.

lain kali mungkin.
sila berteduh hati renyai. senyum.

Wednesday, June 20, 2012

kerana aku pernah.

pernah hati berasa,
bahawa kau terlalu lemah?
dan kau malu kerana menjadi kerisauan mereka.

pernah kau berlari meninggalkan kenangan pahit semalam,
tapi kau masih lagi terpaut  padanya,
walau hati tak rela.

pernah kau rasa diri tak seperti mereka,
dan kau cuba untuk memperbaiki diri?

pernah kau merayu,
"tolong jangan mengeluh,
 tolong jangan menangis,
 tolong jangan mengenang",
kerana semuanya tetap utuh.

ini bukan cerita cinta, ini bukan cerita puisi. ini cerita bicara yang hatinya tidak bersuara, yang tuturnya bisu, yang tangisnya kering.


"kita tak mungkin jadi orang lain, tapi kita boleh jadi lebih baik"

Friday, June 15, 2012

kesedihan ubatnya sabar.

kadangkala ketenangan itu hadir di kala kita bersendirian. waktu itu, kita akan melakukan proses keseimbangan dengan muhasabah segala dosa dan kesilapan. kerana ubat ketenangan itu ada pada diri kita sendiri. menangis la semahunya, berbicara lah dari hati.

kan? aku angguk kan kepala tanda setuju

jagalah hati kerana ia akan menjalankan "tugasnya" dengan tekun. silakan masuk dan bertapalah disini selama mungkin.

hadiahkan aku rasa mu.

Monday, June 11, 2012

pelajaran dipelajari.

semangat. kekuatan. kesabaran.

amat diperlukan dalam situasi aku sekarang. ni bukan tempat aku, aku langsung tak suka. rimas. rimas dengan kata-kata bising dan porak peranda manusia yang bercakap tak menggunakan akal.

 terfikir, antara 'kita' dan kehidupan'. masing-masing nak menang, berlumba-lumba. siapa yang patut mentertawakan siapa?

kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia. tak gitu?

Saturday, June 9, 2012

kosong kosong

dalam hidup, ada ruang-ruang kosong yang mungkin tak dapat diselongkar. apatah lagi diselami oleh sekeping hati yang mungkin tak pernah mengerti.

sangat kental. sejak kebelakangan ni perasaan aku kerap melayang-layang. ianya bukan harapan tapi menjadi persoalan. memang diciptakan begitu, tak munkin bertemu jawapan. mungkin ini harapan yang tak perlu diharapkan lagi.

aisshh..



apa kaitan mamat lima orang ni dengan entri aku? takda kan? takda kan?  (hiasan semata-mata)

Sunday, June 3, 2012

slowly to you. Again

bila rasa aku ini rasa kau.
beginilah jadinya.
tak tahu apa mahunya si hati.
bukan hati aku tapi hati kau.
apa yang kau ucap aku hargai.
ringkas tapi menusuk.
sepantasnya, itu yang aku lakukan sejak dulu.
hanya kau  yang tak mengerti.

Ya Allah, maafkan aku.


Friday, June 1, 2012

mari bersama.

mari betulkan niat sebelum meluah. aku tahu bahasa aku kadangkala sukar difahami, tapi semoga the very gist of it sampai ke hati anda. (tock tock, mesej nak masuk hati boleh?)

manusia memang akan diuji dengan nikmat masa lapang. dan aku juga percaya, diuji dengan masa sibuk juga satu ujian yang sangat 'mengujakan'. semua orang boleh claim title busy dengan kerja sekolah banyak, jadual pack, consultation hours dengan lecturer dan pelbagai. hakikat nya memang hidup seorang student begitu kan?

ini sangat filter.

ya. menghitung hari untuk kembali menembak dengan acara buku-bukuan lagi. ahh, kalau ikutkan kata hati negatif ni, memang dah fedup. tapi seperti yang selalu di uar-uarkan oleh lecturer aku, belajarlah hingga ke negara China. agak keberatan sebab nak melengkapkan diri dinegara sendiri ini pun memerlukan effort yang agak tinggi. kan?

malam ini aku kerap diselangi dengan beberapa drama hati. amat memusykilkan.

p/s: sila jaga diri, jaga hati, jaga segalanya. semoga cuti tidak meloloskan kita.
 
Copyright@ LALALA all rights reserved :)