a thousand thanks :)

Thursday, November 22, 2012

Semuanya Okay.

Sekarang dah tak ada sedikit waktu lapang pun untuk muzik, sinetron, korea, buku dan DVD. Hmm, dah start kerja. Part time jek tapi dah macam full time. Keluar pagi balik malam.

Ada jugak yang tanya. Seronok tak kerja?
Seronok? Aku tak panggil ini seronok. Langsung tak.


Semoga terus kuat untuk meneruskan semuanya.

Saturday, November 17, 2012

selamat hari jadi aku

Hari jadi baru lepas.
So.. Syukur Alhamdulillah.
Syukur aku layang-terbangkan sebagai seorang hambaNya.
Aku panjatkan kepadaNya.

Tambah setahun lagi umur aku, dengan izinNya.

Bermakna sudah 21. Nombor-nombor yang hampir mencecah meningkat naik ini agak menakutkan. Walaupun seorang perempuan, tanggungjawab semakin berat, bahu semakin ditekan beban. Mulut sekeliling semakin lantang.

Aku harap, apa yang aku impikan, menjadi semuanya. Walaupun aku tahu bukan semua yang kita rancang akan jadi, tapi biar sekurang-kurangnya usaha sampai ia hampir jadi. Kan?

Thank you so much kepada sesiapa yang mengejutkan aku..haha
Wakena beb!

Friday, November 9, 2012

Untitle.

Dia takkan pernah rasa.
Dia takkan pernah tahu.
Dan dia takkan pernah faham.
Hati memberontak, minta dibebaskan.
Lepaskan.Hadapi kenyataan.


Redha kan la hatiku dengan setiap perilakunya.
Kuatkan hatiku sebagaimana aku menempuh hari sebelumnya.

Thursday, November 1, 2012

Selamat Berbulan NOVEMBER ♥

Sayang semua. Semua yang berkaitan.
Tak perlu nak mention kot.
Hati ni selalu main-main. Kiri ke kanan?

Ada waktu, apa yang aku pilih untuk lalui, tidak bersebab.
Tiada. Aku putuskan untuk laluinya sahaja. Redah.

Ini yang aku suka.
Yang akan aku rindui..
 
Copyright@ LALALA all rights reserved :)