a thousand thanks :)

Tuesday, July 31, 2012

Boleh aku?

Kata dia yang membuat aku bergenang, buat aku bangun, buat aku bersyukur dan menghargai. Walaupun tak seindah mana tapi sudah cukup sebab kadangkala ikhlas menjadi teraju segalanya. Yakinnya dia harus menjadikan aku juga yakin. Boleh aku pinjam hati kuat kau?

"I know it's hard. Make it bit by bit "



Luahan semasa: fb aku dah bertukar ke timeline. Aku langsong tak suka. Korang suka??

Wednesday, July 25, 2012

Nota untuk diri.

Dah lama tak sakit, dah lama tak nangis.

Seronok sangat semalam, sekarang Allah bayar cash.

   Between my fingers
   Tragedy
   I mourn
   But there is no medical attention


   papercuts (2/1997)











Kelas ditunda pagi ni, so kena tunggu lagi.

Friday, July 20, 2012

Lapangan. (sembang orang matang seyyhhh)

Semester yang terakhir ini baru bermula. Semester ini akan menyerahkan batonnya pada semester yang terakhir. Semester ini akan merakam satu lagi babak kehidupan. Semester jatuh bangun duduk bangkit. Semoga semester ini berakhir dengan keberkatan.

Sungguh, masa depan itu tak terjangkau dek akal yang limited.

Masa depan juga kadang kala menakutkan.
Terangkah ia atau semakin suram dek kelamnya hati?

Berusaha, berusaha, berusaha.
Berdoa, berdoa, berdoa. Jangan henti.

Semoga jalan kita semua akan jadi terang. InsyaAllah :)

Monday, July 16, 2012

Dunia oh dunia

Aku katakan jangan lembik pada diri aku. Bunyinya seperti aku meragui kekuatan aku sendiri. Sebenarnya tidak. Cuma aku berharap dengan perkataan ini, ia akan turut meresap ke dalam jiwa aku, anda dan anda.

Orang muda harus semangat. Orang muda harus kental. Orang muda tak boleh menjadi lalang di tiup angin. Tak boleh jadi pungguk yang menunggu sang bulan. Tak boleh jadi bunga layu sebab tak dibaja. Tak boleh menunggu orang lain untuk disuap makan.

Sempurnakan iman kita. Semoga kita bahagia selama-lamanya. Bahagia yang tak akan mati.

Sunday, July 15, 2012

Hye Sunday :)

Aku sedar hanya dengan melihat saja sudah mampu membuat hati aku terus hancur punah dan  berkecai.

Maafkan aku hati. Rasa ini datang lagi.

Sekarang sedang jadi diri, diri yang aku benci. Dan sekali lagi, aku berlagak tenang.

Saturday, July 14, 2012

Rasa indah.

LELAKI. Satu subjek yang turut sama memainkan peranan dalam melahirkan perasaan. Macam-macam perasaan boleh timbul. Sekitar kita kadang ada orang yang tak sebahasa.

Mari betulkan niat sebelum dengan senangnya meluah perasaan. Mungkin dengan hanya melihat seseorang itu bahagia sudah cukup untuk membuat aku turut tersenyum. Hakikatnya dia tidak pernah tahu tentang segmen-segmen yang sangat menggungah jiwa.  Senang begitu, mungkin.

Ini serius. Aku takut apa yang aku sampaikan tidak lekat untuk disemat hebat didalam hati. Rasa sudah bercampur-baur. Statement of claim aku masih tergantung di window miss Lappy. dengan nada sedikit kesal. 



Ya Allah. Bantu aku. 

Wednesday, July 4, 2012

Emo aku. Apa kau kira?

Sedih. Salahkah orang kalau nak beramah mesra. Tu pun dengan kenalan lama. Atau aku saja yang mengkera-sumbangkan diri? Sila pelik, aku tahu.

Aku minta maaf sebab sedih lagi. Ey hati, cuba untuk kuat. Kita kena sayang kawan kita. Please hati, tolong jangan lemah. Jangan sakitkan hati orang okay? Sila percaya bahawa dunia akan aman kalau bebas dari hasad dengki. Mari kita tanam benci hasad & buruk sangka. Tak semua orang mampu berpuas hati dengan apa yang kita lakukan.

Percayalah.

Sila senyum untuk budak cute ni.

Aku tak nak kau sedih. Nanti kau pedih. Tenang-tenang dan senyum selalu.

Tuesday, July 3, 2012

Kerana aku terlupa.

Niat itu mengikat hati kita dengan Allah.

Diri ini terkadang terbabas juga.

Maka.. Tegurlah jangan nak menghukum, sayangi tak perlulah memfitnah, maafkanlah tapi bukan membenci, mudahkanlah bukan menyusah. Dunia ini kita kongsi, bukan selamanya kekal abadi.


Jadi saling peringatkanlah kerana diri ini mudah terlupa.

Monday, July 2, 2012

Bilangnya lelaki. Begitulah

Kata orang, "sejarah menunjukkan pengajaran, manusia belajar dari pengalaman.". Ya, aku setuju dengan kedua-duanya. Pengamatan kita membantu kita untuk lebih memahami. Ada yang sudah berhasil memukau aku dengan kata-kata sakti yang positif. Sila perasan :/

Lelaki akalnya rasional, tindakannya relevan, fikirannya kreatif. Tetapi kadangkala lelaki menjadi terlalu fokus hingga keciciran perkara yang kecil tapi besar nilainya yang  mungkin bagi mereka "ah, small matter je tu". Mungkin mereka tidak melihat, ranting-ranting yang rosak boleh meracuni pokok yang tegak berdiri. "Mengapa lelaki begitu?"



Tidak menjadi minat aku untuk bercerita berkisarkan latar LELAKI. Aku tidak tahu mengapa hati menjadi begitu halus saat ini. Tenang tenang, jom minum MILO  :)

Sunday, July 1, 2012

untuk aku.

Malam ini aku didatangi rasa kemarahan dan kebencian. Jangan cepat menilai, sesiapa saja ada rasa sebegitu. Cuma nampak tak nampak je.

Yedak?

Perkataan tidak pernah dapat menyelesaikan. Kehidupan yang selalu menekan manusia. Pandang sekeliling, tanya hati, tanya diri. Sejauh mana lagi pun langkah kita, akhirnya destinasi tetap sama. Dan sekarang aku cuba untuk lebih tenang dan diam. sila berharap.

Tekanan ini, supaya tidak berlaku pemberontakan.
This is not personal. Please be cool
 
Copyright@ LALALA all rights reserved :)