a thousand thanks :)

Thursday, March 29, 2012

bila aku..


memikirkan semua perkara yang berkaitan,

semester 5
assignment
mini project
duittt
kawan-kawan
ptptn
final exam
drama+script

Ya Allah, permudahkan lah aku

Tuesday, March 27, 2012

tak luak pun.

bicara hati, bicara bersama. selalu nya apa yang aku luahkan tak sama dengan apa yang aku rasa. nak je teriak kuat-kuat. sesuatu cerita atau pelajaran itu akan benar-benar larut dalam hati bila aplikasinya terjadi ke atas diri kita sendiri. seperti seorang manusia yang mendengar deritanya sakit jantung akan benar-benar merasa sakitnya jantung apabila penyakitnya datang. (faham? tak ? faham-faham kan lah)

begitulah aturannya. sentap sendiri.

selalu nya percakapan yang berkesan bukan datang dari hati, tapi emosi. emosi pun boleh jadi 'main character' dalam sesuatu percakapan. kan?

kalau sayang, tunjuk. kalau ambil berat, tunjuk. kalau marah, tunjuk. kalau cemburu pun tunjuk lah sikit sekurang-kurangnya. hati orang kita tak tahu. ini aku setuju.

Monday, March 26, 2012

pengisian.

hari ni ada sesi fotografi. gambar satu kelas, happy je semua. yelah, dah tak lama kan. tadi ada sesi luahan bersama dengan miss yang comel. banyak dia bagi, dia luahkan, dia sampaikan. terharu adalah sikit. mungkin sebab kelas kami akan berakhir sudah dengan miss. dua minggu je lagi. lama lagi? takla.

satu ayat dia yang buat aku terpana

"jodoh, ajal maut di tangan tuhan. kalau dah bertemu, dah sampai semua tu kita takkan lambat walau seminit pun"

betul kan? sama-sama lah kita muhasabah diri =)

ni sesi menggedik dalam lab tengah hari tadi, yang belakang tu extra je. kuikui

Sunday, March 25, 2012

hati oh hati.

PEREMPUAN KENA TAHU
seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi, tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun:: ♥
LELAKI KENA TAHU
seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda untuk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya:: ♥

kata aku la kan, jodoh tu rahsia Allah. sekuat mana pun kita setia, sehebat mana pun kita merancang, selama mana pun kita menunggu, sekeras mana pun kita bersabar, sejujur mana pun kita menerima kekasih kita, jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama kekasih. kita tetap tidak akan bersama kekasih.

tegak jiwa dalam redha. tenggelamkan emo dalam dynamo. basuh & sental & buang jauh-jauh.

Friday, March 23, 2012

Pendam diam saja di sana.

nak jadi macam tu.
nak jadi macam ni.

kenangan lurus disengetkan. yang dah lama disingkapkan. yang dah terkubur dipersoalkan. nak salah kan siapa? diri sendiri? hati? muhasabah lah diri.


setiap manusia ada pengalaman, ada kenangan, ada kisah silam yang manis yang pahit. yang sakit yang suka. berteguhlah pada satu. apa kau ingat ni movie boleh previous sesuka hati? tak perlulah nak porak peranda benda yang dah jadi.

buat diri, jangan cicir apa yang dikendong, kelak yang tinggal hanya kenangan.

Wednesday, March 21, 2012

dari mata ke hati :(

aku tak suka apa yang aku tengok tadi. tak suka langsung. nawaitu memanglah tak nak tengok, tapi kalau dah depan mata terpaksa lah kan?

sakit? adalah sikit.
pedih? adalah sikit.
kecewa? tak lah.
cemburu? lagi tak lah.

nak diceritakan tapi tak tercerita. nak kongsi tapi tak terluah. biar lah aku simpan dalam-dalam, tutup rapat-rapat, kunci kemas-kemas. mungkin ada hikmah. Dia dah aturkan semua untuk menguji setiap hambaNya. hai lah hati, berteguh la kau. kuat lah kau seperti selalu.

i set fire..to the rain...lalalalalala

Monday, March 19, 2012

pujuk la diri ku sendiri

tidur lebih masa macam ni semacam memberikan satu mood yang penuh tanda tanya pada aku. Beribu-ribu persoalan, juga punca-punca cuba aku gali dan cari akan perkataan yang tepat untuk aku padankan dengan mood yang singgah pada aku petang ni, tapi aku gagal.

mungkin Tuhan memang tidak izinkan, mungkin Dia hanya mahu aku 'rasa' tanpa aku kenal pasti. Jadi, tak apalah.

lalu aku pinjam 'rasa' ini untuk menggerakkan jari-jari aku menekan papan kekunci ini. Mungkin 'rasa' ini hampir sama dengan rasa yang aku terima selepas scene 'menjaga hati kawan-kawan'. Seakan kosong dan membisukan serba serbi pada diri.

memang sedih kalau mereka tak jaga perasaan kita macam kita jaga perasaan mereka.

Wednesday, March 14, 2012

tersedak

Sejak
dua menjak
tiga menjak
empat menjak
lima menjak
enam menjak
tujuh menjak
lapan menjak
sembilan menjak
sepuluh menjak ini,
aku sudah tidak berganjak.

kadang-kadang hati ni nak juga rasa manisnya, pahitnya sesuatu yang datang singgah menerpa. berfikir dan mencari konklusinya.
huhh. aku benci bila aku ada perasaan ni :(

Tuesday, March 13, 2012

dari sini ke sana

amat memenatkan. oke, ada banyak benda nak diceritakan. dah macam-macam dalam fikiran. aku nak kongsi tentang perjalanan 'jauh' aku bersama kawan. muadzam->kuantan->kl ->perak (sangat sihat kan?). rasa macam dah berhijrah. tapi disebabkan kepala aku yang macam dah dihempap batu, jadi aku terpaksa simpan dulu.

t e r l a l u b a n y a k

sedikit ucapan terima kasih dialam maya ni aku ketengahkan untuk insan-insan yang membantu aku dan kawan semasa di 'tempat asing' tu. betul lah sesetengah orang kata, kita akan dibantu kalau kita pun saling membantu. ada sedikit rasa kegembiraan yang muncul jitu :D

kalau yang indah cepat je berlalu.

kan? :(

Thursday, March 8, 2012

indah

alhamdulillah untuk segala nikmat Dia yang tak terbalas. nikmat untuk merasa perasaan yang dirasakan. nikmat cinta pada mereka.

mula memahami sedikit demi sedikit dan mula menghayati erti kebergantungan pada Dia membuatkan aku mampu bernafas lega. sekurang-kurangnya, di jalan yang semakin menggoyah hati dengan result test & lambakan assignment, project, insyaAllah sudah tahu ke mana nak mencari bekal semangat & kekuatan.

in fact, dunia seperti sibuk ini benar-benar mengais keringat tenaga & air mata.

kita umpama burung yang terbang di langit tinggi. memerlukan daya tenaga dari langit untuk menampung beban daya graviti dari bumi. kita manusia yang imannya tidak statik. memerlukan iman yang kuat untuk menahan godaan dunia yang semakin menggugat.

sayang anda & anda, you know who you are.

Tuesday, March 6, 2012

berkesan

bersembang-sembang kosong sememangnya mendatangkan hasil. hasil yang bila mana kita berada didalam keadaan yang dihimpit-himpit, terasa kosong seketika. aishh, jumaat ni sekali lagi aku akan menjejakkan kaki diperkampungan nun disana. hanya untuk menemani sahabat dekat yang keseorangan (baik tak??) so, class selama 2 hari akan aku tinggalkan (manfaat kan sangat masa aku?)

oke straight to the point

mengira-ngira umur, menyedarkan lagi (dua puluh satu) bukan angka kecil. ada dua nombor di situ. dan initialnya 2. jika ditambah-tambah, bakal jadi semakin berusia. pembentukan tangga pertama aku di takat mana? misi aku ke hadapan bagaimana? kefahaman aku bagaimana? 'business' aku bagaimana? kerja aku? anak-anak aku? gulp gulp

peluh kecil.ini seriussssss.
 
Copyright@ LALALA all rights reserved :)