a thousand thanks :)

Wednesday, February 29, 2012

cuba

dah setengah jam aku duduk depan monitor ini.
dah setengah jam jari aku cuba untuk mula mengetuk papan kekunci ini.

dah lama.

dah macam-macam yang berlari-lari anak dalam kepala otak aku ni.dah macam-macam yang berlaku 'keliling aku' kebelakangan ini.

nak aku contengkan di sini, nak aku coretkan dengan perkataan di sini. nak aku ceritakan dengan perasaan kat sini. tapi apa pun tak keluar. kecuali muka kau.


p/s: taknak dah. tolonglah bodoh.

Saturday, February 25, 2012

terima kasih

Orang tak kata bulat tu cantik, tapi comel.
Orang tak kata kuih pau tu cantik, tapi comel.
Orang tak kata Doremon tu cantik, tapi comel.

Dulu aku pelik, apa yang menarik pada chubby?
Dan sekarang aku faham kenapa orang suka tengok muka orang chubby.

Sebab aku sedang rasa perasaan itu (^_^)

Positif oke, aku suka tengok mata kawanku yang bulat-bulat.
*Bulat kecil, bulat kecil, bulat lah besar*

oke, ni muka nak mintak penampar. (haha)

flat baru satu please?
39!

Thursday, February 23, 2012

err, oke kot.

jikalau kata ganti nama "AKU" dan "KAU" itu dianggap kasar, biadap, kurang ajar, tidak menghormati...

apakah bermakna kita berkasar atau kurang ajar dengan Tuhan setiap hari dalam doa kita?

terlalu ringkas kerana malam sudah larut.

bila nak dapat bunny comel ni :(

Friday, February 17, 2012

rumah atau rumah

rumah ialah satu daerah selesa juga satu titik permulaan. kita harus keluar dari titik permulaan itu untuk memulakan permainan. mulakan perjalanan. sama ada jalan yang lurus atau jalan yang bengkang bengkok.

rumah punyai tenaga untuk menendang kita keluar jika kita berkeras untuk berada di dalam.

DAN,

menarik kita pulang jika kita berkeras untuk berada di luar. dan kerana itu aku akan memanfaatkan sepanjang cuti mid sem ini dengan bertapa dirumah.(bagus kan?)hahaha. aku mungkin bukan jenis yang nak mengomel secara direct. oh nampak sesuatu yang tak kena je, terus nak mengomel pumpampumpam. kalau nak bagi opinion atau yang seangkatan dengannya pun, mungkin aku akan cakap sebaris ayat je. sangat tidak sihat, mungkin.

home sweet home :D

Tuesday, February 14, 2012

patut kau tahu

perkataan indah untuk hati berkaca
bila mulut dah sering berkata
pandangan sayang pun boleh jadi buta
keluar dari buah akal seorang pendita
jiwa pun terasa berlari
mencari madah-madah untuk penguat hati
untuk dijadikan pelengkap cerita siri
macam dah jadi memori basi
yang tetap ada di benak hati
jangan berhenti, kau menang dengan senang diri
ya aku ulang, KAU MENANG dengan senang diri lagi


secara teknikalnya
ini bukan puisi cinta sakti, bukan juga madah luahan hati
sekadar patah ayat kosong untuk diri sendiri
tersungkur bangun lagi

dah habis explore dan baca coretan kata Wani Ardy, sangat menarik :D

Monday, February 13, 2012

short.

Jangan mulakan. walau sedetik pun.

Walaupun ia mendatangkan inci-inci bahagia.

Kelak kamu akan jatuh kepadanya.

Oh tidak, alam maya!

Aku telah pun jatuh kepada Adamaya ;) (sebelum ini).
Please alam maya, jangan jatuhkan aku lagi.

pesongan : 'Kita tiada masa untuk berlalalala'

Saturday, February 11, 2012

sedikit tak banyak....

bila planning dah lama.
bila hajat hati dipendam dalam.
bila ada pagaran masa.
bila keinginan melonjak-lonjak mintak ditunaikan.
bila mana terpaksa mengorek keringat-keringat wallet untuk ceriaan hari ni.

Alhamdulillah. at least, tercapai hajat kawan-kawan yang aku sayang. rasa seronok bila tengok mereka seronok. walaupun terpaksa turun naik. (penat kan kawan-kawan?huhu)

pesong : kaki dah sakit, mata dah berat. jommmm sleep tight. zzzzzzz

Friday, February 10, 2012

oke. bagus =)


Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

credit : aku maafkan kamu - Jamal Abdillah & Malique

Thursday, February 9, 2012

malam ini malam emo =.=

kiranya dah berapa kali aku terpaksa menghapuskan sisa-sisa perasaan. macam pungguk rindukan bulan. macam lautan dan daratan. fikir banyak kali, tafsir diri sendiri. bila dah jadi memori, sepatutnya aku tak perlu kenang kembali.

aku amat bersyukur atas segala nikmat yang Dia bagi kat aku. susah senang,jatuh bangun, tawa nangis, aku amat bersyukur. Alhamdulillah. untuk insan-insan yang ada disisi, yang sentiasa menyayangi. sila sisip kemas yang aku betul-betul menghargai semuanya.


kawan-kawan, keluarga, dan juga insan yang tersayang&tercinta&yang dirindui selalu, kalau boleh aku bahagikan hati ini, sudah pasti aku lakukan. supaya kalian tahu bagaimana aku betul menghargai setiap hadirnya kalian dalam hidup aku.

emo?

kan dah cakap tadi malam ni malam emo. terima kasih. jom ikat bahagia ramai-ramai :D

Wednesday, February 8, 2012

masa dicuri lagi.

class habis awal (macam biasalah class HCI). balik bukak alatan ney, dalam fikiran nak continue study Algo tapi niat dihati tergerak pulak nak update warkah aku ney (haha, tak ilmiah langsung, macam mana nak dapat four flag?fikir..)

waktu untuk aku menconteng disini pun dah semakin dicuri untuk masa depan yang disinari. yela, tuntutan tugasan dan presentation yang beratur cantik menunggu. harus fokus, takde masa nak bertepuk tampar, bertawa ria dan seangkatan dengannya. gerakgerak hati banyak diutamakan untuk quiz dan test untuk class Pn Mazniha (mention jugak) pukul4 ney. InsyaAllah semoga berjalan lancar.

pesongan kata : tersangat indah sebab class project design petang ney takde. (hahaha, sorak ramairamai).

oke, jom study Algorithm & Data Structure.

Thursday, February 2, 2012

setiap. mungkin?

setiap kita ada jalannya. setiap kita ada susunan hidupnya masing-masing. susunan yang akan membentuk kita hingga jadilah kita sepertimana kita hari ini. mungkin kita lambat, mungkin kita tertinggal gerabak keretapi. mungkin disebabkan 'kejadian-kejadian' itu, ada sesuatu yang Dia mahu kita ambil pelajarannya.

semangat. kekuatan. keikhlasan.

lebih mudah menulis dan berkata daripada beramal dengannya [sentap]

aku masih lagi si celapuk lama yang penuh dosa dan noda. masih lagi bertatih mengajar diri untuk benar-benar memaknai hidup dalam erti kata yang benar. masih lagi mengugut diri untuk berbuat sebanyak yang mampu. masih lagi memaksa-maksa diri untuk menghabiskan bahan bacaan yang ada. masih lagi perlu menepuk-nepuk dada untuk sabar dan kuat. masih lagi berkira-kira dan bermain tarik tali untuk cari ikhlas. masih banyak lagi ruang untuk dikoreksi diri.

semoga semua masih terus kuat. jatuh bangun ya ?

Wednesday, February 1, 2012

go go fighting :D

keringat dan daya pemikiran semakin dikerah dan digunapakai sejak seminggu dua ney. bila satu dah siap, datang lagi dua tiga empat kerja yang menanti. class HCI pagi tadi best (macam biasalah) sebab class sekejap je tapi yang tak best sebab dah dapat intro untuk mini project nanti. aisehh...

so apa lagi? buat? eh, ney kan grouping punya kerja. haruslah bersama kan? takkan ada yang nak jadi sleeping partner kot, sleeping beauty takpe. esokesok kan masih ada. InsyaAllah. cukup lah malam ney aku buat research serba sedikit. kan ?

hey greyson chance, boleh main lagu Adele tak?
(someone like you). mata dah berat ney.
 
Copyright@ LALALA all rights reserved :)