a thousand thanks :)

Tuesday, September 25, 2012

Maaf

Ada seorang rakan, bertanya. Dengan nada yang sedikit merundum (nampaknya).

"kau rasa aku ada waktu lagi tak nak berubah?"

Apa? Apa nak jawab? Aku bukan seorang yang mahir, apatah lagi dalam pandangan sebegini. Lalu aku cuba semaksima mungkin memikirkan yang bernas, nahh..

"berubah tidak pernah lambat, selagi masih ada sedar dalam hati"

Aku cuba sisipkan pada setiap tingkahlaku dan perkataan aku. Pesanan yang aku tulis bukan kerana aku orang alim, sekadar usaha supaya dikasihiNya.

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini, anda memang benar. Itulah aku...


"Sikap kita memang tidak akan sempurna.
tetapi kita boleh mencontohi yang sempurna"

Sunday, September 23, 2012

Nahh..

Hari ni banyak benda yang tak best.

Satu, sakit.
Dua, sakit.
Tiga, pun sakit.

'Bertahan'. Its just a normal word.

Bertahan dengan stand kita. Tak kisah apa pun orang kata, kalau ada bergaul, bercampur lelaki perempuan, jangan terikut. Biarlah orang anggap kita odd, pelik, biarkan.

Lalu bagaimana?


Bertahan dengan stand.

Wednesday, September 19, 2012

Siapa makan cili?

Duduk. Pandang kiri, pandang kanan.
Teringat peribahasa.

"Seperti melepaskan anjing tersepit"

Ada kisah. Ada hikmah. Ada pelbagai sebab. Tapi tetap bermain-main kat kepala aku.

Just wonder kenapa orang tua dulu-dulu gunakan anjing sedangkan banyak lagi haiwan lain? Adakah sebab nak tunjuk betapa hinanya manusia yang tak mengenang budi dan tak tahu nak berterima kasih?

Itulah, aku pun masih terfikir. Korang?

Separa siap....

Thursday, September 6, 2012

Terima Kasih.

Momen-momen indah yang buat aku gembira.
Buat aku lupa sekejap sedih pedih aku. 
Buat aku tak sunyi. Buat aku dihargai.
Buat aku disayangi. Buat aku kuat.
Terima kasih kawan.
Untuk segalanya.



Manfaatkan masa kita bersama untuk last semester ni ye kawan-kawan ku (^ ^)
 
Copyright@ LALALA all rights reserved :)