a thousand thanks :)

Thursday, August 30, 2012

"It must be okay"

Masih berfikir bagaimana aku nak teruskan 'hidup'. Kata-kata semangat dari kenalan? Ada, dan aku amat berterima kasih kepada mereka semua. Aku nak pinjam hati kuat korang. Boleh?

Kejadian kelmarin sangat memberi kesan. Serius.

'Shortcut' bukannya jalan yang baik untuk kita cuba elak dari hala tuju kita. Contoh depan mata sangat merefleks diri sendiri. Jadi, bergeraklah, dengan kefahaman. Bukan dengan fikiran yang belum matang.

So aku? still reading their directions..zzzzzzz

Wednesday, August 29, 2012

Emosi.

Rindu, sudah pasti. Apa yang aku mampu lakukan? berdoa, berdoa dan berdoa.


Rindu dihati semakin menambat. Kuatkah aku? mampukah aku? sabarkah aku? Monolog dalam hati seakan memberi kesan. Kesan yang dluarnya nampak baik, indah mungkin.

Fitrah..

Allah, pelihara mereka & ganjari mereka denga syurgaMu.

Tuesday, August 28, 2012

Tuhan saja yang tahu.

Ramadhan yang indah tapi bercampur baur rasanya. Dugaan yang menimpa seakan berat untuk dihadapi. Siapa sangka syawal kali  ini dan seterusnya tanpa seorang insan yang bergelar  'ibu'. 3 minggu berlalu, semoga tenang disana. Amin


Sungguh kali ini aku rasa berbeza. Semoga kali ini aku lebih kuat. Sangat indah jika aku diberikan peluang sekali lagi, aku akan lakukan yang semaksima mungkin.

Mungkin akan update lagi, atau mungkin jadi simpanan dalam hati.

Monday, August 13, 2012

Satu. Minggu.

Hari ni seminggu. Kehilangan insan yang paling disayangi. Aku tak salahkan takdir. Redha, aku terima. Ada hikmah disebalik semua kejadian yang menyayat hati ni.

Ibu..kau  lah yang selalu dihati
Kaulah yang selalu ku ingati
Meskipun kau telah pergi
Doaku sentiasa mengiringi..

Al-fatihah untuk arwah mak. Semoga tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..


Thursday, August 2, 2012

Sikit je.

Sebenarnya, terlalu banyak perkara dalam kepala aku yang sampai aku pun tak tahu nak tulis macam mana. Aku menyaksikan terlalu banyak perkara, terlalu banyak imej dan macam-macam.

Ilmu juga aku dapat. Itu yang penting. Kan?
Pengalaman yang mendewasakan.
Persoalan. Bagaimana nak menjadi hanya manusia?
Titik.

ololo, cute miut betol la.
Copyright@ LALALA all rights reserved :)