a thousand thanks :)

Thursday, April 26, 2012

pandang depan.

Dah makin lama, dah makin meningkat umur. kehidupan pun kena lah pandai-pandai planning. nak buat apa, nak jadi apa. tapi sebaik-baik kita planning pun Allah jugak yang tentukan. kan? at least kita ada tujuan hidup.

Kemarahan yang dulu-dulu aku buangkan. lebih tenang dan senang. mungkin itu pasal aku jarang menulis, jarang menaip. setiap hari bangun pagi, fikir pasal masa depan. masa depan yang belum nampak titik mulanya.

Fikir tentang kerjaya, fikir tentang kewangan.

Hoishh.. dah lain. serius. tak awal pun untuk seorang gadis yang berusia 21 tahun, berkelulusan diploma programming(coming soon) dengan pinjaman ptptn untuk memikirkan semua hal ni.

Aku angguk-angguk kan kepala, setuju pada diri sendiri. bila aku pusing kebelakang, ya aku makin percaya dengan pendapat aku sendiri. jangan risau, aku boleh pusing kebelakang. takda masalah. memang betul orang cakap, hidup pandang ke depan, jangan pusing belakang.

sem ni dah nak berakhir. kawan-kawan, nanti rindu macam mana? :(




Wednesday, April 18, 2012

sedikit.

Nah, sekarang aku punya ruang untuk bernafas lega. Sebentar. Tak mengapa, janji aku ada sisa-sisa hari untuk buat persiapan sebelum 24 April ini.

Yeap, teruja, excited, nervous pun ada.

Kebelakangan ini, tuntutan kerja menimpa-nimpa aku. Syukur, Allah Ta'ala meringankan beban aku dengan bantuan dari rakan-rakan dan lecturer. Hanya pada Dia yang aku panjatkan segala terima kasihku. satu persatu dah di 'settlekan'. Alhamdulillah.

get ready untuk final exam :)

Monday, April 9, 2012

ada?

orang yang baling batu then sembunyi tangan, dikira sebagai PENAKUT. kan? dah ramai sangat sekarang ni bertalam dua muka. jelik rasa sebab tak tahu muka yang mana harus ditampar dulu. just berpegang pada satu, kawan-kawan tak patut pun nak bermasam muka. tiap hari jumpa.

semuanya menguji kesabaran dan minda.

kalau ada yang kurang bagitahu, kalau ada yang belum settled boleh bincang, kalau ada tak puas hati face to face. tu kan lebih baik dari buat muka yang boleh buat semua orang hangin je.


siapa yang bercakap tentang kita di belakang kita. itu bermakna hidup kita lebih menarik daripada mereka. kan? kan?

Friday, April 6, 2012

jumaat yang indah.

baru selesai individual presentation with miss Safiani. sedikit lega, dah lepas satu persatu beban. Alhamdulillah.

liku hidup kan?

berpayah namun senang saja pergi. apalah daya. tak mampu untuk digapai. kepayahan mendidik sabar dan sabar itu indah. mungkin, bila lenyap baru diingati. hidup bukan untuk mengenang nasib, hidup bererti berkorban, berjuang. hidup perlu dihargai, perlu mencari yang akrab, yang rapat, yang menyayangi, mengasihi sesuatu yang belum pasti. berbahagialah, mungkin esok tiada lagi yang seindah hari ini.

miss this moment :(

Thursday, April 5, 2012

cerita kawan, cerita hati.

cerita sebenar tak ramai yang tau. orang yang faham je akan mengerti semua ni. jangan selalu nak salahkan orang kalau tak tahu cerita sebenar. boleh datang then sembur je ayat-ayat yang kurang bijak. bukan ke kalau slow talk itu lebih baik? kan? tak perlu la kot nak tunjukkan suara kau yang sememangnya dah lantang tu.

perkataan 'maaf' nampak murah bila disebut banyak kali but still perkataan 'maaf' tu merendahkan ego kita.


soal hati tiada undang-undang. apatah lagi paksaan.

Wednesday, April 4, 2012

memori yang bercerita.

saat ini, momen ini indah. bukan seringkali hidup itu susah, sedih, berduka, kosong. hargailah kenangan manis, suka, bahagia dengan sebaiknya. itulah makna hidup, sebahagian indah, sebahagian lagi sebaliknya. kalau benar hidup saling menhgargai, kelak nanti peroleh bahagia. mungkin ini bibit-bibit, mungkin juga bait-bait kecil. yang bakal meniti, yang bakal menyinari.

insyaAllah, amin.

manfaat kan sangat masa aku?
 
Copyright@ LALALA all rights reserved :)