a thousand thanks :)

Monday, March 19, 2012

pujuk la diri ku sendiri

tidur lebih masa macam ni semacam memberikan satu mood yang penuh tanda tanya pada aku. Beribu-ribu persoalan, juga punca-punca cuba aku gali dan cari akan perkataan yang tepat untuk aku padankan dengan mood yang singgah pada aku petang ni, tapi aku gagal.

mungkin Tuhan memang tidak izinkan, mungkin Dia hanya mahu aku 'rasa' tanpa aku kenal pasti. Jadi, tak apalah.

lalu aku pinjam 'rasa' ini untuk menggerakkan jari-jari aku menekan papan kekunci ini. Mungkin 'rasa' ini hampir sama dengan rasa yang aku terima selepas scene 'menjaga hati kawan-kawan'. Seakan kosong dan membisukan serba serbi pada diri.

memang sedih kalau mereka tak jaga perasaan kita macam kita jaga perasaan mereka.

No comments:

Copyright@ LALALA all rights reserved :)