a thousand thanks :)

Thursday, April 26, 2012

pandang depan.

Dah makin lama, dah makin meningkat umur. kehidupan pun kena lah pandai-pandai planning. nak buat apa, nak jadi apa. tapi sebaik-baik kita planning pun Allah jugak yang tentukan. kan? at least kita ada tujuan hidup.

Kemarahan yang dulu-dulu aku buangkan. lebih tenang dan senang. mungkin itu pasal aku jarang menulis, jarang menaip. setiap hari bangun pagi, fikir pasal masa depan. masa depan yang belum nampak titik mulanya.

Fikir tentang kerjaya, fikir tentang kewangan.

Hoishh.. dah lain. serius. tak awal pun untuk seorang gadis yang berusia 21 tahun, berkelulusan diploma programming(coming soon) dengan pinjaman ptptn untuk memikirkan semua hal ni.

Aku angguk-angguk kan kepala, setuju pada diri sendiri. bila aku pusing kebelakang, ya aku makin percaya dengan pendapat aku sendiri. jangan risau, aku boleh pusing kebelakang. takda masalah. memang betul orang cakap, hidup pandang ke depan, jangan pusing belakang.

sem ni dah nak berakhir. kawan-kawan, nanti rindu macam mana? :(




No comments:

Copyright@ LALALA all rights reserved :)