a thousand thanks :)

Monday, May 7, 2012

sesi pendek.

baru ni aku pergi klinik. sebab lama sangat aku sakit ni. macam ada benda tak kena. aku MALAS sebenarnya bab-bab pergi klinik ni. kalau setakat demam, batuk, selesema sikit je, memang aku tak pergi klinik punya.aku selalu beli ubat kat farmasi pastu makan. dah habis cerita. duit pun jimat. yelah, ubat bukannya murah.


tapi sebab dah lebih 2 minggu berterusan aku pun pergilah. lagipun dah ramai sangat orang yang sound aku suruh pergi (hehe)

seperti yang aku jangkakan, masuk bilik doktor tu, dia tanya apa sakit. aku bla bla story then dia cakap apa ntah, tapi lebih kurang macam, "haa, allergic aje. takda apa, makan ubat doktor ni nanti oke lah".

tak sampai 5 minit pun, settle.
lah? gitu aje?? itu yang aku malas pergi klinik tu. setakat sesi berdialog, aku boleh buat pakai telefon je. tapi duit terbang berpuluh-puluh ringgit. setakat berborak je, baik aku borak pakai hp aku yang tak berapa nak canggih ni sambil makan ubat kat rumah.

aduhhh.... aku dah cakap dah..

No comments:

 
Copyright@ LALALA all rights reserved :)