pernah hati berasa,
bahawa kau terlalu lemah?
dan kau malu kerana menjadi kerisauan mereka.
pernah kau berlari meninggalkan kenangan pahit semalam,
tapi kau masih lagi terpaut padanya,
walau hati tak rela.
pernah kau rasa diri tak seperti mereka,
dan kau cuba untuk memperbaiki diri?
pernah kau merayu,
"tolong jangan mengeluh,
tolong jangan menangis,
tolong jangan mengenang",
kerana semuanya tetap utuh.
ini bukan cerita cinta, ini bukan cerita puisi. ini cerita bicara yang hatinya tidak bersuara, yang tuturnya bisu, yang tangisnya kering.
"kita tak mungkin jadi orang lain, tapi kita boleh jadi lebih baik"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment