setiap kita ada jalannya. setiap kita ada susunan hidupnya masing-masing. susunan yang akan membentuk kita hingga jadilah kita sepertimana kita hari ini. mungkin kita lambat, mungkin kita tertinggal gerabak keretapi. mungkin disebabkan 'kejadian-kejadian' itu, ada sesuatu yang Dia mahu kita ambil pelajarannya.
semangat. kekuatan. keikhlasan.
lebih mudah menulis dan berkata daripada beramal dengannya [sentap]
aku masih lagi si celapuk lama yang penuh dosa dan noda. masih lagi bertatih mengajar diri untuk benar-benar memaknai hidup dalam erti kata yang benar. masih lagi mengugut diri untuk berbuat sebanyak yang mampu. masih lagi memaksa-maksa diri untuk menghabiskan bahan bacaan yang ada. masih lagi perlu menepuk-nepuk dada untuk sabar dan kuat. masih lagi berkira-kira dan bermain tarik tali untuk cari ikhlas. masih banyak lagi ruang untuk dikoreksi diri.
semoga semua masih terus kuat. jatuh bangun ya ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment