a thousand thanks :)

Friday, May 18, 2012

begitu lah hendaknya.

nak ucap cinta, rasa dah lama.
nak cakap sayang, rasa dah terlebih.
cemburu tanda sayang, marah pun tanda sayang.

satu je tanda tanya.

apakah elok untuk kita terlalu sayang kat seseorang yang belum tentu jodoh kita?
sebak. luka itu tidak sepatutnya menjauhkan. luka itu seharusnya 'dirawat' dengan telusukan-telusukan membungkam madah-madah indah yang mencengkam. membiarkan luka hingga lupa, kita hanya manusia yang dikerahkan untuk berusaha.


oneyearthreemonthfifteendays. InsyaAllah, kami boleh.

Monday, May 7, 2012

sesi pendek.

baru ni aku pergi klinik. sebab lama sangat aku sakit ni. macam ada benda tak kena. aku MALAS sebenarnya bab-bab pergi klinik ni. kalau setakat demam, batuk, selesema sikit je, memang aku tak pergi klinik punya.aku selalu beli ubat kat farmasi pastu makan. dah habis cerita. duit pun jimat. yelah, ubat bukannya murah.


tapi sebab dah lebih 2 minggu berterusan aku pun pergilah. lagipun dah ramai sangat orang yang sound aku suruh pergi (hehe)

seperti yang aku jangkakan, masuk bilik doktor tu, dia tanya apa sakit. aku bla bla story then dia cakap apa ntah, tapi lebih kurang macam, "haa, allergic aje. takda apa, makan ubat doktor ni nanti oke lah".

tak sampai 5 minit pun, settle.
lah? gitu aje?? itu yang aku malas pergi klinik tu. setakat sesi berdialog, aku boleh buat pakai telefon je. tapi duit terbang berpuluh-puluh ringgit. setakat berborak je, baik aku borak pakai hp aku yang tak berapa nak canggih ni sambil makan ubat kat rumah.

aduhhh.... aku dah cakap dah..

diam di kediaman.

lewat malam.
peralihan malam ke siang. separa malam separa siang.

diam, terkenang. bunyi yang paling tepat pada saat ini ialah diam. sunyi sepi. si dia dah jauh ke sana. melaka, untuk acara yang memenatkan. berperang dengan tenaga sendiri. harap semuanya selamat. Amin.

akan ada masa yang tiba-tiba kita tak pasti apa yang sedang kita lakukan kerana apa yang paling kita harapkan, tak mungkin kita akan dapat.


macam mana perasaan seorang yang betul-betul disayangi ?

Saturday, May 5, 2012

ku cari damai di rumah.

acara buku-bukuan dah selesai. sekarang sedang goyang kaki di rumah, melaksanakan tanggungjawab kehidupan seharian. tanggungjawab yang pelbagai.

manfaat kan masa aku? kan? kan? kan? kan? banyak benda nak settle, ye dak?

 jadinya, bila dah takda benda nak tulis, dan tak bersiap sedia, beginilah, usaha untuk 'mengupdate' entri pun dah tak kena.

 OK, jangan marah.

 SELAMAT HARI SABTU.
 I LEV YIU.
 
Copyright@ LALALA all rights reserved :)